Hari ini jantung nad berdegup laju giler hahaha just sebab KX17 ! Apa itu KX17???? Okey meh sini nad bagitahu...to adalah gred untuk jawatan Pegawai Penjara KX17…hari niey merupakan hari ujian fizikal nad untuk jawatan niey..serius nebes huhu first time kot nad dpt ujian fizikal under spa niey huhuhu seram sejuk.. bukan ape takut gak kalau tak lepas ke kan? Hampaaa hati.. 😂😂😂😂😂
Ujian fizikal mula pukul 8.00 pg di Penjara Sungai Udang jadi kena sampai awal ke tempat ujian to...nad smpai kol 7.00 pg rasanya..haha takot lambat nye pasal 😂 sampai jer orang penjara suruh isi borang n then die akan pggil kita..dan kita kne tunggu giliran..tunggu punya tunggu giliran nad hampir yang last2 huhu masa tunggu turn untuk dipanggil masuk ke dalam dewan nad tgk ramai yang kena balik...mostly sbb BMI tak normal aiyooo...makin sejukkk tangan yang sedia sejuk niey
Tunggu punya tunggu tiba lah giliran nad...haa, mula mula kne pegi cek tinggi dulu..n akk PP to pn ckp 154..lps to kne p kt timbang berat lak...50kg..PP to pn tekan2 kalkulator utk cek BMI okeyy BMI nad Normal huhu habis cek bmi kne pulak pegi cek rabun..aishhh berdegup jantung nk sebut huruf 😂 kot tgk huruf P sebut D ajer lerrr...siap cek rabun die cek rabun warna lak..lps to bru lah die cek bdn tgk ada patah ke tak kaki jln mengepak ke mengengkang ke..pinggang lembut ke...semua kne lipat seluar paras lutut okey girls 😂 huhu
Siap semua to ujian seterusnya adalah lari ulang alik,pumping...alhamdulillah nad lepas yg niey...lps to bru lah nad kne lompat sambil berdiri..haaa amik kau 2kali nad buat..org to kata lps garis setengah kaki pn jd la 😂 dan buat masa niey baru suku berjaya...lps niey nad kne lari pulak 2.4km fuhhhh 😂😂😂 nak nanges rasa haha nak taknk kne lah buat...cuba sedaya upaya utk habiskan larian niey...dan tak sangka lak org first yg sampai dalam larian to..nad catat masa 11minit utk larian niey 😂 mula mula takot sgt sbb nad tak prepair pape utk larian mahupun berjogging..tp nad berserah jelah..hbis je lari dlm keadaan keletihan org to sempat lak tnye awk niey atlet ke? Laju lari? lelaki pn ada yang kalah tau gn awk...Nad senyummmm jer tak tahu nak jwb ape haha lps to kami diberi arahan supaya ke dalam dewan dan keputusannya anda berjaya dlm ujian fizikal esok sila hadirkan diri dalam temuduga jam 8.00 pg dan berpakaian sopan..alhamdulillah syukurrrrrr ☺
Ehh lupa nad nak cerita ujian fizikal niey yang sepatutnye hadir 150 tetapi yg hadir cuma 80org dan yg lepas untuk temuduga cuma 6org huhu okey kita sambung di next entry ya... 😃
Post Ujian Fizikal KX17 ini dipublish oleh nadia pada hari Thursday, September 10, 2015. Segala kekurangan harap dapat dimaafi 0 komen: di post Ujian Fizikal KX17
0 comments:
Post a Comment