Ini Ujian !!


Assalamualaikum,


Entry kali ini berkisahkan ujian cinta..kenapa ??tak semua hubungan sweet bak gula gula kan..aku cuba baca artikel niey dan aku rasa ada mungkin betul..hmm lumrah di dalam perhubungan ada pasang surut..tak semua gembira, tak semua seronok..kengkadang makin lama kenal makin kita tak paham perangai pasangan..

Tak apa..aku cuba untuk menjadi terbaik sungguh pun aku bukan dikalangan yg baik..terima kasih buat si dia yang boleh terima aku seadanya..walaupun aku tahu aku tidak sehebat mana..satu jea pesan ku "i MISS u" semoga aku sentiasa kuat untuk hari hari yang mendatang..


 Peringkat Pertama 
[ sebulan ketiga bulan bercinta ]

Di awal percintaan masalah yang paling biasa ialah berkomunikasi.
Mungkin kamu berdua baru mengenali antara satu sama lain, jadi komunikasai agak kurang dan terhad. Ia lebih kepada menjaga hati.
Kalau bercakap, hanya yang baik-baik sahaja. Manakala yang tidak suka , semuanya disimpan dalam hati.Lebih teruk kalau bergaduh masing-masing tidak mahu meluahkan apa yang terbuku dan cara yang terbaik kamu selesaikan masalah dengan merajuk.
Atasinya : Di awal percintaan ini kamu harus banyak berterus terang terutama tentang apa yang kamu suka dan tidak suka. Jangan hanya berdiam diri dan mengharapkan si dia akan berterus memahami kamu.Peringkat pertama inilah seharusnya kamu menggunakan sepenuhnya untuk mengenali antara satu sama lain.Sekiranya kamu hanya berdiam serta menerima semuanya biarpun kamu tidak suka dan ia berlarutan sehingga berbulan-bulan , barulah kamu meluahkan itu akan membuat hubungan kamu semakin parah !

 Peringkat Kedua
[ empat bulan ke tujuh bulan ]

Kebiasaanya bila usia percintaan masuk empat ke tujuh bulan kamu dan si dia akan berhadapan dengan masalah untuk menerima kekurangan masing-masing. Di awal percintaan semuanya terkawal dan kekurangan diri tidak ditonjolkan sepenuhnya...
Namun makin lama, makin banyaklah kekurangan yang akan terbongkar baik kamu mahupun dia.Misalnya , kamu baru tahu pasangan kamu tidak suka mandi , panas baran , dan macam-macam lagi, Tidak ada orang yang boleh menyembunyikan sifatnya yang sebenar lebih dari empat bulan..
Atasinya : Kamu jangan rasa tertipu ataupun rasa menyesal memilih si dia setelah mengetahui kekurangannya..Begitu juga dengan si dia.. SEMUA ORANG ADA KEKURANGAN DIRI. selagi kekurangan tersebut boleh diterima akal kamu cubalah untuk menerimanya dan langkah sebaiknya kamu cuba membantu si dia untuk berubah. Perkara biasa yang selalu bermula di awal percintaan , semua orang menjadi yang terbaik di depan orang yang dicintai.. Oleh sebab itulah , di awalkan tak nampak diri nya yang sebenar :)

 Peringkat Ketiga
lapan ke setahun ]

Masalah kamu di peringkat ini ialah mula terasa diri kamu sedikit diabaikan. Sekiranya dulu setiap hati kamu da si dia bersama dan setiap masa si dia menghubungi kamu  , tetapi bila makin lama bercinta bertemu pun cuma seminggu sekali atau dua kali sahaja. telefon cuma sekali sehari. Perkara ini yang sering buat kamu bertengkar dan berselisih faham.

Atasinya : Bila sudah masuk tahap ini biasanya lelaki kurang beri perhatian pada kekasihnya. Namun bukan beerti dia tidak sayang , tetapi si dia perlu kembali memberi perhatian pada semua orang yang ditinggalkannya sepanjang proses memikat kamu. Misalnya kalau sebelum mengenali kamu dia seorang pemain yang aktif dalam pemrainan bola sepak atau mempunyai sahabat karib.
Semasa proses memikat kamu , sudah pasti dia terpaksa meninggalkan minatnya da kurangkan bersama sahabat baiknya kerana mahu menghabiskan masa bersama kamu. Jadi tibalah masa si dai untuk kembali kepada hobi asalnya. Kamu harus memahminya tetapi si dia diingatkan si dia boleh melakukan apa sahaja yang disukainya tetapi tetap perlu ada masa untuk kamu.. :*

 Peringkat Keempat
setahun ke dua tahun ]

Apabila sampai di peringkat ini ujian yang paling berat kamu akan hadapi ialah kehadiran orang ketiga.
Ia sememangnya selalu berlaku pada kebanyakan orang.Di saat telah bertemanlah ramai orang yang menawarkan diri menjadi kekasih.
Dulu semasa 'single' tidak ada pula orang yang datang...

Atasinya : Biar pun mungkin orang ketiga itu datang lebih baik dari si dia seperti punya kedudukan , rupa yang kacak dan sebagainya namun kamu jangan mudah beralih arah.Cantik di luar belum tentu orangnya baik.Di sinilah kamu harus buktikan kesetiaan kamu padanya dan selalu ingat selagi si dia masih menyayangi kamu serta masih setia kepada kamu, tidak ada sebab untuk kamu meninggalkannya. Jangan terlalu kejar kebendaan dan paras rupa yang tampan kerana itu tidak menjamin kebahagiaan..

 Peringkat Kelima
[ dua tahun dan seterusnya ]

Biarpun usia hubungan kamu semakin matang, namun jangan terlalu yakin kamu telah terlepas dengan ujian panas cinta.Ada satu lagi ujian yang kamu harus tempuhi iaitu perasaaan jemu.
Apabila telah terlalu lama menjalinkan hubungan cinta dengan orang yang sama sesiapa pun tak akan dapat lari daripada perasaan jemu dan bosan.Bila perasaan bosan datang , maka mulalah apa sahaja yang dilakukan seperti tidak kena sehinggakan pantang berjumpa kamu dan si dia seperti anjing dan Kucing !
Atasinya : Bagi mengatasi masalah jemu dan bosan ini caranya ialah sentiasa melakukan perkara-perkara baru dalam perhubungan .
Kalau setiap hari akan berjumpa di kedai yang sama , pergi ke tempat yang sama dan lakukan aktiviti yang sama sudah pastinya kamu dan si dia akan rasa bosan. Cuba ubah rutin harian kamu dan si dia.

Misalnya pergi ke tempat baru untuk makan dan kalau selalu tengok wayang ajak lah pula si dia bermain boling.Hidup mestilah selalu mempunyai kelainan dalam sesuatu rutin , barulah sentiasa ada rasa 'happy' apabila bersama si dia.. :))

Penulis : nadia ~ Terima Kasih sudi Membaca

Post Ini Ujian !! ini dipublish oleh nadia pada hari Monday, May 25, 2015. Segala kekurangan harap dapat dimaafi 0 komen: di post Ini Ujian !!
 

0 comments:

Post a Comment