sekali lagi hubungan diuji..apa pun yang terjadi hanya mampu berserah dengan takdir..kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemilik hati..kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjaga sebuah perhubungan..
memang susah kalau sebelah pihak sahaja yang hendak difahami..tak mengapa cuba juga untuk faham apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku..walaupun pahit telan juga dan anggap ianya seperti madu..diri ini bukan memerlukan perhatian tetapi cukup sekadar menjaga perasaan ini..aku tak perlu wang ringgit aku tak perlu perhatian tetapi tolong jaga perasaan ku..tolong jangan biarkan ianya hancur lebur seperti lilin yang sedang dibakar..
susah..memang susah..memang susah bila kita macam orang yang sedang bertepuk sebelah tangan..punya lah sabar kita faham kita jaga perasaan orang..tetapi dengan senang hati orang buatkan hati kita kecewa..bukan sekali dua tetapi banyak kali..
hari ini aku hanya mampu berserah kepada takdir..andai takdir memihak kepada ku memang dia lah bakal pemilik hati..andai takdir tidak memihak kepada ku mungkn ini adalah satu pengajaran kepadaku agar aku tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang..
bersabarlah wahai hati..semoga engkau akan sentiasa kuat wahai hati..aku akan cuba memujuk hati agar hati tidak terus "merajuk"


Penulis : nadia ~ Terima Kasih sudi Membaca

Post ini dipublish oleh nadia pada hari Monday, June 8, 2015. Segala kekurangan harap dapat dimaafi 0 komen: di post
 

0 comments:

Post a Comment